China tutup ekonomi antara punca harga getah jatuh

China tutup ekonomi antara punca harga getah jatuh

ZURAIDA Kamaruddin berucap merasmikan sambutan Hari Buluh sedunia (WBD), di Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/ARIF AIMAN ASROL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penutupan pintu ekonomi China dilihat menjadi ANTARA punca kejatuhan harga getah  ketika ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya China membuka semula pintu ekonomi mereka, aktiviti eksport dapat dijalankan dan harga  kembali naik.

Kata beliau, Kabinet akan berbincang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemain-pemain industri getah ketika ini.

“Esok akan ada satu kertas yang kita angkat kepada Kabinet untuk melihat bagaimana perancangan jangka panjang yang mampan untuk kita membantu penoreh getah,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Buluh Sedunia (WBD), di sini, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, penurunan harga getah sejak akhir-akhir ini menyebabkan ramai penoreh terutama di kawasan pendalaman hidup dalam keadaan gelisah kerana terpaksa menanggung kos perbelanjaan harian yang semakin tinggi.

Majoriti pekebun getah juga meminta kerajaan menetapkan harga lantai yang munasabah bagi memastikan komoditi itu terus stabil walaupun berlaku kejatuhan harga di pasaran dunia.

Sementara itu, Zuraida menyangkal dakwaan bahawa ladang kelapa sawit sedang mengalami kerugian, sebaliknya beliau berkata industri tersebut masih memperoleh keuntungan.

“Ladang kelapa sawit tak pernah rugi, mereka tetap buat keuntungan cuma kuantiti tu berkurangan kerana tiada pekerja dan disebabkan perintah kawalan pergerakan dahulu,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya