Calon SPM terlantar akibat kemalangan

Calon SPM terlantar akibat kemalangan

WAN Zaki Wan Daud (dua dari kiri) bersama Wan Nurjannah Fakhira (kiri) semasa menerima kehadiran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Seksyen 16, Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 16, di sini kini hanya terbaring di katil setelah mengalami kemalangan ketika menunggang motosikal bersama rakannya, pada 12 April lalu.

Wan Nurjannah Fakhira Wan Zaki,17, yang tinggal di Taman Rashna di sini, mengalami kecederaan tulang belakang yang menyebabkannya lumpuh sebelah kiri badan dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.

Bapanya, Wan Zaki Wan Daud, 48, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan RM2,000 berkata, buat masa ini anaknya perlu memakai lampin pakai buang yang melibatkan kos RM300.

“Setakat ini saya masih mampu tetapi pada masa depan semuanya bergantung kepada keperluan perubatan anak saya.

“Rumah ini saya sewa dengan bayaran RM1,000 sebulan. Selain Wan Nurjannah, saya tinggal bersama isteri dan dua anak lelaki berusia empat dan lima tahun,” katanya.

Wan Zaki berkata, selain lampin pakai buang, kos fisioterapi sebanyak RM150 satu sesi diperlukan bagi memastikan pemulihan Wan Nurjannah tidak terbantut.

Katanya, doktor yang merawat anaknya memaklumkan, sesi fisioterapi hanya sekali sebulan namun semuanya bergantung kepada kemampuan kewangan dirinya untuk mengadakan sesi fisioterapi lebih kerap.

“Saya sedang memohon bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan pihak-pihak lain bagi memastikan dia segera pulih.

“Sebagai bapa saya mengharapkannya kembali pulih dan boleh menduduki peperiksaan SPM yang saya mohon untuk penangguhan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu mengurangkan beban kewangan keluarga Wan Zaki boleh berbuat demikian ke Akaun Maybank, nombor akaun 169981001585 atas nama Wan Zaki Wan Daud. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.