Buka kawasan 'food truck' di sekitar Chowrasta 

Buka kawasan ‘food truck’ di sekitar Chowrasta 

PARA peniaga berharap kawasan Chowrasta yang terletak di tengah-tengah bandaraya George Town, Pulau Pinang dapat dihidupkan dengan aktiviti perniagaan kenderaan saji (food truck) bagi memberi mereka lebih peluang menambah pendapatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Persatuan Penjaja dan Peniaga Pasar Chowrasta bercadang menghidupkan waktu malam di kawasan Chowrasta di sini dengan memberi peluang kepada peniaga kenderaan saji (food truck) berniaga.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Pasar Chowrasta, Mohd. Nasir Muhyideen berkata, pihaknya akan mengemukakan permohonan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan agensi berkaitan bagi membolehkan perkara itu menjadi kenyataan.

“Kita dapat lihat kawasan Chowarsta menjelang waktu malam akan sunyi sepi dan ini merupakan satu kerugian kerana kawasan ini boleh dimajukan sebagai tempat tumpuan pelancong.

“Jadi kami bercadang memohon kepada MBPP supaya membenarkan food truck beroperasi di kawasan Chowrasta pada waktu malam,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dengan adanya konsep perniagaan ‘food truck’ di situ peluang perniagaan kepada peniaga baharu juga dapat dibuka khususnya bagi mereka yang mahu menambahkan pendapatan. 

“Kita tahu selepas pandemik Covid-19, masih ramai peniaga kecil yang bergelut untuk meningkatkan pendapatan masing-masing.

“Jadi apabila ada ‘food truck’ di sini, lebih ramai peniaga kecil dapat memperkenalkan produk mereka pada waktu malam di kawasan Chowrasta,” katanya.

Tambahnya, pada masa ini terdapat lebih 200 peniaga kecil yang berniaga di sekitar kawasan Chowrasta termasuk di kawasan pasar yang berniaga pada waktu pagi hingga petang.

“Kawasan ini pada waktu pagi amat meriah, jadi lebih baik sekiranya waktu malam pun turut meriah dengan pelancong.

“Chowrasta adalah kawasan yang strategik di pusat bandar dan kami yakin cadangan ini dapat memeriahkan aktiviti pelancongan di negeri ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya