Belanjawan 2023: Cuepacs mahu bonus sebulan gaji

Belanjawan 2023: Cuepacs mahu bonus sebulan gaji

ADNAN Mat ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan Cuepacs Negeri Sembilan Sesi 2022-2025 di Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu k supaya kerajaan mengumumkan bonus sekurang-kurangnya sebulan gaji kepada penjawat awam pada pembentangan Belanjawan 2023 pada 7 Oktober depan.

Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat berkata, bonus tersebut wajar diberikan selepas memasuki 11 tahun, penjawat awam hanya diberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK).

“Kami merayu kepada kerajaan untuk tahun ini, perkenalkan lah bonus kepada kami, telah 11 tahun tiada bonus, hanya BKK.

“Walaupun telah diumum BKK sebanyak RM700 pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam yang lalu, dalam Bajet ini, kami mahu juga sekurang-kurangnya kerajaan umum dalam bentuk bonus kepada penjawat awam.

“Sama ada ditolak BKK tidak ada masalah, tetapi yang penting, berilah dalam bentuk perkataaan bonus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan Cuepacs Negeri Sembilan Sesi 2022-2025 di sini hari ini.

Adnan berkata, penjawat awam telah menjalankan tugas dengan cukup baik dalam menyampaikan perkhidmatan awam termasuk ketika beberapa kali berlaku pertukaran kerajaan dan menjadi barisan hadapan semasa pandemik Covid-19 serta ketika bencana.

“Kami sudah lama menunggu perkataan ini (bonus) tetapi tidak kunjung tiba, kami faham tetapi pada masa yang sama kami perlu ihsan daripada kerajaan supaya kami mampu meningkatkan motivasi dalam pekerjaan.

“Minimum sebulan, barulah namanya bonus, kalau RM700 atau RM500 itu adalah bantuan khas, sudah tahun kesebelas BKK, takkan sekali tidak boleh sebut bonus, bagilah sebulan bonus,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya