Beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat

Beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat

BEBERAPA kawasan di sekitar bahagian pulau Pulau Pinang antaranya di Bayan Lepas; Bayan Baru dan Teluk Kumbar dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat sejak awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Beberapa kawasan di bahagian pulau di sini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Antara kawasan yang terlibat adalah di Bayan Lepas, Bayan Baru dan Bukit Jambul.

 

 

 

Selain itu, beberapa jalan utama di sekitar Bayan Lepas juga ditenggelami banjir kilat dan mengakibatkan kerosakan kepada kenderaan yang diparkir di kawasan berkenaan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz, antara kampung yang dilanda banjir kilat adalah Kampung Masjid; Kampung Manggis; Kampung Perlis, Kampung Binjai dan Kampung Seronok.

”Terdapat juga rumah yang terjejas dengan serius terutama rumah-rumah yang terletak berhampiran Sungai Bayan Lepas. 

“Bagaimanapun, setakat pukul 10.15 pagi ini, air telah surut di beberapa kawasan,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi MPKK Kampung Binjai, Baseri Hashim berkata, kira-kira 30 buah rumah di Kampung Binjai dilanda banjir kilat awal pagi tadi akibat hujan lebat berterusan.

”Air mula naik di kawasan rumah penduduk selepas subuh pagi ini, air naik terlalu cepat dan kawasan rumah penduduk masih dinaiki air separas buku lali.

”Tiada penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir, namun penduduk tetap berjaga-jaga kerana bimbang hujan lebat berterusan,” katanya.

Tambahnya, kawasan kampung itu juga kerap dilanda banjir sekiranya hujan lebat berlaku secara berterusan kerana kawasan itu berada di kawasan tanah rendah.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya