KANGAR: Sekitar tahun 1990-an sehingga akhir 2000 perkhidmatan bas henti-henti menjadi antara pengangkutan utama rakyat negeri ini. Suasana di stesen bas di sini khususnya hujung minggu ketika itu sesak dengan bas sentiasa penuh dan kadangkala melimpah sehingga ke tangga bas. Namun, sejak kebelakangan ini, orang ramai dilihat sudah jarang menggunakan perkhidmatan bas henti-henti yang kini sudah berpindah dari stesen di Kayangan Square ke Terminal Bukit Lagi di sini. Pemerhatian Utusan…










