Bapa tunggal ditemukan mati dalam rumah di Gua Musang

Bapa tunggal ditemukan mati dalam rumah di Gua Musang

JENAZAH Mohd. Nor Izuan Mohamed dibawa untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kerinting, Gua Musang, Kelantan, tengah malam tadi. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang bapa tunggal ditemukan mati di dalam rumahnya di tingkat satu Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang, di sini, petang semalam.

Mohd. Nor Izuan Mohamed, 42, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh jirannya pada pukul 6.45 petang. 

Seorang saksi ,Muhammad Syahrul Azuan Che Azamri, 32, berkata, semasa kejadian anak perempuannya yang berusia lapan tahun sedang bermain-main dengan anak lelaki mangsa.

Katanya, sejurus selepas melihat lelaki itu tidak sedarkan diri, anaknya berlari pulang ke rumah yang terletak bersebelahan dengan blok kediaman lelaki berkenaan untuk memaklumkan perkara tersebut.

“Tanpa berlengah saya terus ke rumah arwah dan melihatnya sudah tidak sedarkan diri. Saya terus menghubungi  pegawai kesihatan untuk memeriksa keadaannya. Arwah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, seorang lagi jiran, Mohamed Che Abu Bakar, 78, memberitahu, mangsa bercerai dengan isterinya dan tinggal bersama seorang anak lelaki berusia 10 tahun.

Katanya, setiap hari arwah mengambil nasi di kedainya, namun semalam tidak datang sehingga waktu petang.

“Hairan dengan tindakan itu, saya bersama seorang lagi anak datang ke rumahnya untuk menghantar makanan. Sejurus tiba dirumahnya, saya dapati arwah sudah meninggal dunia. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kerinting di sini, tengah malam tadi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya