Bapa pelakon remaja buat laporan polis - Utusan Malaysia

Bapa pelakon remaja buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu laporan polis dibuat oleh bapa kepada seorang pelakon remaja susulan pendedahan dibuat anaknya di halaman perkongsian video, YouTube mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual dan penderaan bapanya baru-baru ini.

Utusan Malaysia difahamkan, lelaki terbabit membuat laporan berkaitan dakwaan anaknya itu di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi berkata, setakat ini, tiada laporan diterima berkaitan perkara itu di Kuala Lumpur.

“Tiada laporan diterima,” katanya ringkas.

Pelakon remaja berusia 15 tahun itu membuat pendedahan itu menerusi satu temu bual di YouTube sehingga menarik perhatian ramai.

Pelakon wanita yang dikenali mula berjinak dalam dunia lakonan sejak berusia 5 tahun itu mendakwa sering menjadi mangsa gangguan seksual oleh bapa kandungnya sendiri.

Mangsa juga mendakwa sering diraba dan dicium oleh bapa kandung selain diminta menonton video lucah bersama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN