Bapa Lana Nodin meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bapa Lana Nodin meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Lana Nodin meluahkan kesedihan atas pemergian bapanya, Hasan Nodin, 71, yang menghembuskan nafas terakhir kerana kencing manis, malam kelmarin.

Lana yang berkongsi berita sedih itu di Instagram memohon pengikutnya di media sosial itu untuk untuk bersama-sama sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada arwah bapanya.

“Assalamualaikum semua sahabat … Saya Lana Nodin memohon sahabat-sahabat semua sedekahkan Al- Fatihah buat arwah ayahanda tercinta yang telah mengadap Illahi.

“Sesiapa yang mengenali beliau, saya memohon maaf bagi pihak ayahanda jika ada salah silap.

“Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Terima kasih dan wassalam,” tulis Lana dalam satu kemas kini di Instagram.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, empat anak dan lapan cucu. Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’, Cyber 10, Cyberjaya, selepas Zuhur, semalam.

Perkongsian Lana itu mendapat perhatian peminat dan rakan selebriti yang mengucapkan takziah atas kehilangan itu.

Antara mereka yang turut berkongsi kesedihan adalah Datuk Aznil Nawawi, Zarina Zainuddin, Haiza, Datuk Ziela Jalil, Sharifah Shahira dan ramai lagi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya