Bantu 30 pusat kebajikan Islam berdaftar dengan PBT

Bantu 30 pusat kebajikan Islam berdaftar dengan PBT

MOHD. ZAWAWI AHMAD MUGHNI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan membantu 30 pusat kebajikan Islam di seluruh negeri supaya dapat berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT)

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Selangor, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, pihaknya akan segera berbuat demikian supaya kesemua pusat ini dapat beroperasi secara sah.

“Ada pusat yang tidak berdaftar dengan PBT disebabkan status tanah bangunan mereka bina bukan status bangunan. 

“Jadi, pihak saya akan membuat pertemuan segera dengan pihak PBT supaya kesemua pusat ini dapat didaftarkan segera,” katanya selepas membuat lawatan ke atas Pertubuhan Kebajikan Darussolihin (Darussolihin) di sini, hari ini. 

Beliau berkata, kerajaan negeri sebelum ini telah membantu beberapa pusat tahfiz serta kebajikan Islam diputihkan, iaitu berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seperti yang diminta Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini. 

Dalam pada itu, Mohd. Zawawi memaklumkan kerajaan negeri bakal memperkenalkan satu garis panduan kepada kesemua pusat tahfiz dan kebajikan Islam di Selangor supaya mereka mendaftar operasi pusat mereka dengan JAIS serta PBT. 

“Hal ini saya akan maklumkan pada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) akan datang. Kerajaan negeri sentiasa menyokong pusat pemulihan Islam yang mahu membantu masyarakat Islam yang ingin berubah kepada kebaikan,” ujarnya. 

Dalam isu lain pula, Mohd. Zawawi menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa Darussolihin mempraktikkan pengajaran Islam ala Militan. 

Menurutnya, pusat tersebut mengajar kesemua pelatihnya, yang berjumlah lebih 100 orang penghuni diajar mengikut modul 5B iaitu berubat, bertaubat, beribadah, bermujahadah dan berhijrah. 

“Pihak Darussolihin juga turut membuat laporan polis berhubung dakwaan yang dibuat oleh sesetengah pihak. Polis sudah memulakan siasatan dan saya harap semua pihak menghormati siasatan yang dibuat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya