Banjir: Kerajaan Persekutuan, negeri peruntuk RM2.5 juta

Kerajaan Persekutuan, negeri peruntuk RM2.5 juta hadapi banjir tahun ini

SUASANA banjir yang berlaku di Kampung Belimbing, Jongok Batu, Dungun, Terengganu, tahun lalu. - FOTO/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan oleh kerajaan Persekutuan dan negeri untuk persediaan menghadapi banjir di Terengganu pada tahun ini. 

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Terengganu, Hanafiah Mat berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM1.5 juta disalurkan kerajaan Persekutuan manakala RM1 juta lagi daripada kerajaan negeri.

“Peruntukan ini adalah untuk pembelian bahan mentah dan makanan serta keperluan lain seperti tikar, toto, selimut, tuala, kain batik dan kain pelekat untuk mangsa banjir.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu akan menempatkan bekalan bencana ini di sebuah Depoh Simpanan Keperluan Bencana (DSKB) yang berkapasiti besar di Marang serta 17 mini depoh dan 149 pengkalan hadapan di seluruh negeri,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Bekalan keperluan mangsa bencana ini akan mula diagihkan mulai awal Oktober hingga pertengahan Oktober ke mini depoh dan pengkalan hadapan termasuk di kawasan yang berisiko terputus hubungan seperti Pulau Redang dan Pulau Perhentian.

Beliau yang juga Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri berkata, JKM telah menyediakan 580 pusat pemindahan sementara (PPS) yang boleh menampung seramai 147,600 mangsa banjir di seluruh negeri itu.

“Cabaran utama ialah untuk meningkatkan kesedaran penduduk di kawasan berisiko agar segera berpindah ke PPS berdekatan sekiranya mendengar bunyi siren amaran awal banjir.

“Masih ada segelintir penduduk yang enggan berpindah awal dan ini akan menyukarkan kerja-kerja menyelamat apabila paras air mulai naik terutama pada waktu malam.

“Oleh itu, usaha pemimpin komuniti tempatan adalah untuk meyakinkan penduduk agar berpindah segera ke PPS dan membuat persiapan rapi memindahkan dokumen penting dan barang berharga ke tempat yang selamat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya