Banjir: JPS perlu segera naik taraf benteng pemecah ombak

Banjir: JPS perlu segera naik taraf benteng pemecah ombak

NOH Omar meninjau keadaan Pantai Sungai Kajang, Tanjong Karang yang perlu segera dibina benteng pemecah ombak petang tadi di Kuala Selangor, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Projek menaik taraf benteng pemecah ombak di Pantai Sungai Kajang, Tanjong Karang di sini, perlu dipercepatkan bagi menangani fenomena air pasang besar dan musim tengkujuh hujung tahun ini.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu segera melaksanakan kerja penyelenggaraan itu bagi mengelak banjir teruk di seluruh kawasan berkenaan terutama berkedudukan rendah dan paling berisiko tenggelam antaranya melibatkan Kampung Sungai Kajang.

Menurutnya, sejumlah RM10 juta diperuntukkan bagi kerja menaik taraf kawasan pesisir Sungai Kajang, Bagan Sungai Kajang dan Sungai Janggut.

“Kawasan laluan utama di Pekan Tanjong Karang sebelum ini pernah mencatat sejarah apabila dilanda banjir besar. Justeru, kita tidak mahu bah seumpama itu berulang dan projek menaik taraf benteng pemecah ombak perlu dilaksanakan secepat mungkin.

“Saya difahamkan peruntukan itu sudah ada namun masih tiada pelaksanaan kerja dilakukan setakat ini,” katanya ketika ditemui selepas meninjau Pantai Sungai Kajang itu petang tadi.

Tambah beliau, sejumlah RM1 juta turut diperuntukkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi memperindah dan menaik taraf kawasan tumpuan pelancongan berkenaan.

“Namun, projek itu masih menunggu proses kebenaran pembangunan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS).

“Kita berharap JPNS dapat membuat keputusan segera bagi membolehkan kerja menaik taraf dapat segera dilaksanakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya