Azalina kemuka pinda perlembagaan kerakyatan anak lahir luar negara

Azalina kemuka pinda perlembagaan kerakyatan anak lahir luar negara

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Usul meminda perlembagaan untuk memberi kerakyatan kepada anak lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia dikemukakan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said supaya dibahas dalam sidang Dewan Rakyat akan datang.

Usul berkenaan telah dihantar kepada Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Nydin Bacha Mydin pada 15 September lalu untuk dibahas dalam sidang Dewan Rakyat bermula 3 Oktober ini.

 Azalina yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita Dan Kanak-Kanak Dan Pembangunan Sosial berkata, usul itu bagi meminda Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan – (c) dalam Fasal (1)(b) dan (d) dalam Fasal (1)(c), dengan memasukkan perkataan ‘atau ibunya’ selepas perkataan ‘bapanya’.

“Subfasal 2(a) dan 2(b) bertujuan memasukkan perkataan ‘atau ibunya’ untuk melanjutkan kewarganegaraan bagi orang yang lahir pada atau selepas hari Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang,” katanya  dalam surat yang dihantar kepada Setiausaha Dewan Rakyat. 

Terdahulu, Mahkamah Rayuan pada 5 Ogos lalu memutuskan anak lahir di luar negara oleh ibu warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing, tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia dari segi undang-undang.

Pengerusi panel hakim itu, Kamaludin Md Said dan Azizah Nawawi menjadi majoriti bersetuju, manakala S Nantha Balan membantah.

Majoriti berkata, istilah ‘bapa’ dalam Jadual Kedua Bahagian 11 Perlembagaan bermakna bapa kandung dan tidak boleh diperluaskan kepada ibu atau ibu bapa.

Permohonan Azalina itu turut disertakan satu naskhah RUU berkenaan berserta dengan huraian mengenai tujuan dan sebab tanpa apa-apa hujah selaras dengan PM 49(1) dan PM 49(2). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya