Anwar sangkal mahu bertanding di Ampang

Anwar sangkal mahu bertanding di Ampang

ANWAR Ibrahim dalam sidang akhbar selepas menghadiri Himpunan Wanita Keadilan di Bandar Cassia, Batu Kawan, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU KAWAN: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan Exco Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Mohd. Rashid Hasnon kononnya beliau akan melepaskan kerusi Parlimen Port Dickson untuk bertanding di Parlimen Ampang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Anwar berkata, beliau tidak pernah membuat sebarang pengumuman untuk bertanding di Ampang, sebalikya menganggap kenyataan yang dibuat bekas Ketua Cabang PKR Batu Pahat itu seolah-olah mahu mempertahankan penyandang kerusi Parlimen terbabit, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Tambahnya, Mohd. Rashid harus muhasabah mengapa beliau yang dahulunya berkhidmat sebagai wakil rakyat di Pulau Pinang dipindahkan untuk bertanding di Parlimen Batu Pahat pada PRU14.

“Rashid Hasnon ni siapa dia? Sebab apa kita hantar dia ke Batu Pahat? Sebab prestasi Pulau Pinang tu kurang memuaskan.

“Kalau dia (Mohd. Rashid) nak pertahankan Zuraida, ini bukan caranya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Wanita Keadilan di Bandar Cassia, di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan Mohd. Rashid mempersoalkan Ketua Pembangkang itu yang dikatakan memilih bertanding di Parlimen Ampang iaitu kawasan campuran yang hanya mempunyai 51 peratus pengundi Melayu dan 32 peratus pengundi Cina.

Beliau turut mendakwa Anwar sebagai calon Perdana Menteri daripada PH sebenarnya takut berdepan dengan pengundi Melayu pada PRU-15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.