Ahmad Zahid tiba di Mahkamah Shah Alam

Bebas atau bela diri: Ahmad Zahid tiba di Mahkamah Shah Alam

AHMAD Zahid Hamidi yang tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam menyapa kira-kira 100 penyokongnya sebelum memasuki bilik mahkamah bagi mendengar keputusan sama ada dibebaskan atau dipanggil membela diri di atas 40 pertuduhan menerima rasuah berkaitan Sistem Visa Luar Negara (VLN). - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di Mahkamah Tinggi di sini, bagi mendengar keputusan sama ada dibebaskan atau dipanggil membela diri di atas 40 pertuduhan menerima rasuah berkaitan Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Presiden UMNO itu tiba kira-kira pukul 8.40 pagi menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) warna putih diiringi polis dan beberapa individu yang dipercayai penyokongnya.

Kenderaan itu dilihat berhenti di hadapan pintu masuk mahkamah dan beliau berjumpa kira-kira 100 penyokongnya sudah berkumpul sejak awal pagi tadi.

Beberapa pemimpin UMNO turut hadir bagi memberi sokongan antaranya Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Untuk rekod, perbicaraan kes ahli Parlimen Bagan Datuk itu memakan masa selama 29 hari bermula pada 24 Mei 2021 dan selesai pada 11 Ogos lalu.

Ahmad Zahid berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada syarikat Ultra Kirana Sdn. Bhd. untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 serta boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Ahmad Zahid turut berdepan tujuh pertuduhan lain mendapatkan untuk untuk dirinya wang tunai SG$1.15 juta, RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc dan US$15,000 daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau ketika itu.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya