4,304 usahawan terima manfaat program MYStartup

4,304 usahawan terima manfaat program MYStartup

AHMAD Amzad Hashim (kanan) melawat gerai pameran produk usahawan digital selepas merasmikan Siri Jelajah MYStartup Pantai Timur di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 4,304 usahawan menerima manfaat melalui program MYStartup di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sejak dilancarkan pada Februari lalu.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Amzad Hashim, antara manfaat diterima adalah pemberian dana, bimbingan serta menghubungkan mereka dengan pasaran antarabangsa.

Beliau berkata, program MYStartup itu bakal  melahirkan sebanyak 5,000 syarikat pemula niaga sehingga tahun 2025.

“Selain itu, inisiatif MYStartup juga telah menarik hampir 3,000 prospek pelaburan luar negara antaranya daripada Singapura, United Kingdom, India dan China. 

“Ini membuktikan potensi besar hampir 80 peratus usahawan muda yang sentiasa inovatif mencipta teknologi baharu dan MOSTI berperanan membantu produk mereka dari segi komersial.

“Ramai juga usahawan yang bermula daripada MYStartup sudah mampu berdiri sendiri dan meneroka pasaran global,” katanya selepas merasmikan Siri Jelajah MYStartup Pantai Timur di sini, hari ini.

Ahmad Amzad turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) dan TD1303 yang bertujuan memperkasa program MYStartup di Pantai Timur.

Melalui usahasama itu, TD1303 akan menjadi rakan komuniti bagi MYStartup Terengganu selain penglibatan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). 

Ahmad Amzad memberitahu, Terengganu menawarkan peluang usahawan ‘startup’ berpotensi dalam sektor sains, teknologi dan inovasi berikutan pembangunan infrastruktur yang pesat.

Malah, perancangan itu secara tidak langsung telah melonjakkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri Terengganu sebanyak 3.6 peratus pada 2021.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya