38 individu dikehendaki ditahan dalam tempoh tiga hari

38 individu dikehendaki ditahan dalam tempoh tiga hari

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seramai 38 individu dikehendaki berjaya ditahan hanya dalam tempoh tiga hari menerusi operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar bermula 18 hingga 20 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, operasi yang dilaksanakan itu bertujuan mengesan individu berstatus orang dikehendaki dan mempunyai waran tangkap bagi menyelesaikan kes-kes lampau terutamanya melibatkan narkotik serta jenayah.

YUSHARIFUDDIN MOHD YUSOP

Katanya, secara keseluruhan, jumlah tangkapan orang dikehendaki bagi bulan September ini adalah seramai 60 individu.

“Tiga individu turut diambil tindakan kerana mempunyai rekod kesalahan dadah berulang mengikut seksyen 39C (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Semua individu yang ditahan berusia lingkungan 21 hingga 57 tahun dan mereka telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar bagi menjalani pertuduhan atas kesalahan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Yusharifuddin berkata, sepanjang tahun ini, IPD Kangar telah berjaya menyelesaikan sebanyak 182 kertas siasatan melibatkan kes dadah ke atas individu yang menghilangkan diri setelah dibebaskan dengan jaminan polis dan turut disenaraikan sebagai orang dikehendaki.

Katanya, operasi yang dilaksanakan itu juga adalah bagi membersihkan kawasan penempatan dalam daerah Kangar daripada menjadi tumpuan orang dikehendaki yang berpotensi menyumbang kepada berlakunya aktiviti jenayah.

“IPD Kangar akan terus mempergiatkan tindakan bagi membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah sekali gus melumpuhkan sumber bekalan, kewangan serta aset sindiket,” katanya.

Tambah beliau, polis turut meminta kerjasama dan maklumat orang awam untuk bersama-sama membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah menerusi penyaluran maklumat kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kangar di talian 04-908 2222.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.