12,000 peket susu kambing tiruan disita

12,000 peket susu kambing tiruan disita

PEGAWAI penguatkuasa KPDNHEP memeriksa kotak-kotak yang mengandungi produk minuman tiruan dalam serbuan di Kota Bharu dan Rantau Panjang, Kota Bharu, Kelantan semalam.UTUSAN/IHSAN KPDNHEP KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan merampas dan menyita 12,000 paket susu kambing yang disyaki tiruan dalam serbuan di Rantau Panjang, dekat sini semalam.

Rampasan bernilai membabitkan nilai berjumlah RM5,000 dilakukan dalam serbuan pada pukul 4.30 petang di sebuah premis yang dijadikan stor penyimpanan minuman berkenaan.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, selain itu sebanyak 3,600 peket kopi pracampuran yang disyaki tiruan turut dirampas dalam serbuan tersebut membabitkan nilai berjumlah RM1,800.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas premis yang dimiliki oleh seorang wanita tempat berusia 28 tahun itu telah menjumpai minuman kopi pracampuran susu tepung kambing jenama terkenal.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua minuman itu telah melanggar penggunaan cap dagangan berdaftar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azman memberitahu, sebelum ini pada pukul 11 pagi pihaknya telah menyerbu sebuah premis jualan borong barangan runcit di sini dan merampas 240 paket kopi pracampuran jenama terkenal disyaki tiruan daripada seorang lelaki.

Katanya, kedua-dua kes tersebut melibatkan kesalahan bawah Seksyen 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019.

“Siasatan awal mendapati, modus operandi yang digunakan ialah dengan membuat belian barang ini dari luar negeri seterusnya menjual secara pasaran runcit tanpa melalui wakil pengedar sah kepada pengusaha kedai makanan dan minuman.

“Tindakan ini bertujuan mengaut keuntungan tinggi bagi mengaburi pihak berkuasa supaya tidak dapat mengesan aktiviti yang dijalankan,” ujarnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.