10,000 majikan sudah terlibat konsultasi pinda akta

10,000 majikan sudah terlibat konsultasi pinda akta

AWANG Hashim (tengah) ketika hadir ke bengkel pindaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kerja 1955 yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia di Kelab Golf Kulim, Kedah, hari ini. -UTUSAN/AZAHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Lebih 10,000 majikan di negara ini sudah terlibat dalam sesi konsultansi dan bengkel berkaitan pindaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kerja 1955 yang dianjurkan Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, bengkel melibatkan majikan dan pekerja daripada semua sektor perusahaan bertujuan sebagai platform untuk bertemu secara langsung dengan agensi kerajaan bagi membincangkan dan meningkatkan pemahaman pindaan dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) dan Akta Kerja 1955 (Akta 265).

Katanya, akta itu yang telah dipinda dan akan berkuatkuasa pada 1 Januari depan bertujuan untuk meningkatkan dan memperluas perlindungan serta kebajikan golongan pekerja di negara ini.

“Kita mahu tambah baik sistem penyelesaian pertikaian sedia ada bagi membolehkan pertikaian yang berlaku diselesaikan dengan lebih berkesan dan pantas serta memastikan undang-undang perburuhan di negara ini setara dengan standard antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

“Akta 265 memberi perlindungan dan kebajikan kepada golongan pekerja melalui penetapan terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan minimum,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan bengkel pindaan akta tersebut bersama Kulim Technology Park Corporation (KTPC) Sdn. Bhd. di sini, hari ini.

Jelas Awang, Akta 265 yang dipinda telah ditambah baik dan telah diwartakan pada 10 Mei lalu dan pindaan yang dijangka berkuatkuasa tahun hadapan itu akan memanfaatkan kira-kira 14 juta pekerja sektor swasta di semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Ujarnya, pindaan akta itu juga akan melibatkan tiga aspek utama iaitu menambah baik faedah pekerja, meningkatkan perlindungan pekerja dan memperkasakan penguatkuasaan.

tambahnya, kementerian berharap program itu mampu menjadi asas untuk majikan, pekerja atau kesatuan sekerja untuk berkongsi pandangan dan pendapat bagi meningkatkan keharmonian perusahaan yang lebih baik dalam industri negara agar kekal kondusif dan progresif.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya