YSB kumpul dana RM490,500 sempena penganjuran golf amal

YSB kumpul dana RM490,500 sempena penganjuran golf amal

PESERTA kejohanan golf amal anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) bergambar sebelum kejohanan berlangsung di Glenmarie Golf & Country Club di Shah Alam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejohanan golf amal anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) bersempena Jubli Peraknya yang ke-25 berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM490,500 untuk projek kesihatan yayasan itu.

Pengerusi YSB, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim berkata, seramai 92 peserta menyertai kejohanan tersebut yang berlangsung di Glenmarie Golf & Country Club di Shah Alam.

“Kejohanan golf amal ini disertai seramai 92 pemain dan berjaya mengumpul dana sebanyak RM490,500,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Tunku Puteri Intan Safinaz, projek kesihatan YSB adalah termasuk dua pusat dialisis di Alor Setar dan Kulim bersama tiga bas kesihatan mudah alih untuk menderma darah, unit pemeriksaan kesihatan dan penyakit berkaitan mata.

“Jumlah kos bagi projek-projek itu dijangka sekitar RM300,000 setahun. Salah satu pusat hemodialisis yang berada di Kulim termasuk saringan kesihatan bergerak adalah kerjasama antara National kidney foundation (NKF) dan YSB.

“Pada tahun 2012, YSB menyumbangkan Unit Derma Darah Bergerak kepada Jabatan Transfusi Darah Sultanah Hospital Bahiyah, Alor Setar manakala klinik bergerak kesihatan mata atau dikenali sebagai Mobile Cataract Klinik merupakan kerjasama antara Kementerian Kesihatan dan YSB,” katanya.

Untuk rekod, ulang tahun ke-25 YSB jatuh pada 20 Ogos 2021 lalu tetapi sambutan dilanjutkan sehingga akhir tahun ini akibat pandemik.

Menurut Tunku Puteri Intan Safinaz, ketika pandemik Covid-19, YSB bersama Lions Club dan Bulan Sabit Merah Kedah telah menganjurkan Blood Donation Dive dalam usaha menderma darah dan melalui kempen ini, 1,777 pain darah berjaya dikumpul.

Jelasnya, YSB juga telah meningkatkan kesedaran beribu-ribu orang khususnya di Kedah tentang kepentingan kesihatan, selain membantu dan memberi mereka kemudahan dan peralatan yang hebat.

Kejohanan golf amal berkenaan turut disertai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Raja Muda Kedah dan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Besar Kedah, Tunku Temenggong Kedah dan Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan.

Beberapa penaja utama yang turut bersama ialah Well Asia Development Sdn. Bh, Yayasan Muhibbah Tan Sri Fng Ah Seng,Yayasan Albukhary, Advanced Protocol Security Sdn. Bhd., Les’ Copaque Sdn. Bhd., Affin Hwang Investment Bank Berhad, Bioshock Ventures Sdn. Bhd., Bank Muamalat Malaysia Berhad dan banyak lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya