YPM suntik semangat pelajar pesisir pantai

YPM suntik semangat pelajar pesisir pantai

MOHD. RAZMAN Yaacob menyerahkan beg sekolah dan sumbangan wang tunai kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Pulau Aman, Butterworth, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Yayasan Pelajaran Mara (YPM) memperhebatkan skop bantuan buat pelajar pesisir pantai bagi memastikan pendidikan yang diterima dan kemudahan yang dimiliki setanding dengan sekolah bandar.

Pengerusi YPM, Datuk Mohd. Razman Yaacob berkata, pihaknya menyedari pelajar pesisir pantai masih ketinggalan dan perlu dibimbing supaya kekal bersemangat meneruskan persekolahan.

“Memang anak-anak (pesisir pantai) masih jauh ke belakang jika mahu dibandingkan dengan sekolah bandar atau luar bandar, namun itulah amanah yang perlu dipikul untuk memastikan mereka mendapat peluang pendidikan sama rata.

“Kumpulan B40 merupakan kelompok majoriti pesisir pantai dan golongan ini perlu dibimbing.

“Selain yayasan, agensi berkaitan juga perlu memainkan peranan supaya anak-anak nelayan ini lebih ke hadapan sekali gus berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan Pulau Aman, di sini hari ini.

Terdahulu, YKM menghulurkan sumbangan berjumlah RM27,060 merangkumi penyerahan wang tunai sebanyak RM100 kepada 25 pelajar serta dua unit projektor khusus untuk kegunaan sekolah di kawasan terbabit.

Selain itu, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan masing-masing turut menerima sumbangan bernilai RM5,000. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, sehingga Julai lalu, YPM telah menyumbangkan sebanyak RM37,700 membabitkan 356 pelajar di Pulau Pinang.

“Sebelum ini, bantuan sama turut disalurkan kepada pelajar pesisir pantai di kawasan lain antaranya di Pulau Pangkor, Pulau Tioman dan Pulau Langkawi.

“Saya positif program seumpama ini selari dengan matlamat dalam memberi dorongan serta motivasi kepada pelajar untuk terus cemerlang dalam pendidikan,” katanya.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Mohd Noor Ahmad dan Pegawai PPD Seberang Perai Selatan, Mohamad Dziauddin Mat Saad.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya