Yayasan Bank Rakyat raih Anugerah Yayasan Terbaik 2022

Yayasan Bank Rakyat raih Anugerah Yayasan Terbaik 2022

YAYASAN Bank Rakyat menerima Anugerah Yayasan Terbaik oleh Kemampanan dan CSR Malaysia 202 yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ramlan Harun kepada Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat Yayasan Bank Rakyat, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Bank Rakyat merangkul Anugerah Yayasan Terbaik (Perbankan) di Anugerah Kemampanan dan CSR Malaysia 2022.

Anugerah itu disampaikan hasil inisiatif korporat sosial yang telah dijalankan oleh yayasan itu sepanjang tahun lalu, dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM19.92 juta.

Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, anugerah itu adalah pencapaian bermakna dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat.

“Diharap ia menjadi sumber inspirasi bagi organisasi lain untuk terus membantu masyarakat Malaysia yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, kaum dan bangsa.

“Anugerah ini turut mencerminkan komitmen Yayasan Bank Rakyat dalam usaha meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat Malaysia melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, penghormatan itu sedikit sebanyak membuktikan Yayasan Bank Rakyat menjadi salah satu ejen perubahan dalam transformasi sosioekonomi Malaysia yang lebih mampan dan telus.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada anggota Bank Rakyat, badan-badan kerajaan, rakan-rakan kerjasama strategik, badan berkeuntungan dan bukan berkeuntungan, termasuk pelanggan yang menjadi sebahagian daripada kejayaan ini,” katanya.

Sejak ditubuhkan pada 16 Mei 2007, Yayasan Bank Rakyat membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan, ahli-ahli Bank Rakyat dan anak-anak mereka dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan.

Sehingga 1 Januari 2022, YBR menaja lebih daripada 5,964 pelajar dengan jumlah keseluruhan tajaan melebihi RM165 juta bagi meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya