Warga emas rentung, isteri melecur

Warga emas rentung, isteri melecur

KEADAAN rumah mangsa yang musnah 30 peratus dalam kebakaran yang turut meragut nyawa seorang warga emas di Kampung Kesang Laut, Tangkak, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Seorang warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran rumahnya di Kampung Kesang Laut, semalam. 

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.08 malam.

“Setibanya pasukan keluaran operasi di tempat kejadian, didapati berlaku kebakaran di sebuah rumah jenis separuh kekal, namun api telah dipadamkan oleh orang awam.

“Dalam kejadian tersebut, seorang wanita cedera melecur 30 peratus, manakala suaminya telah disahkan meninggal dunia akibat rentung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Mangsa yang rentung dipercayai tidak dapat menyelamatkan diri kerana pergerakannya agak terhad atas faktor usia.

Mayat warga emas, Ab. Karim Md. Aroff,  93, telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Isterinya, Jibah Md. Hussin, 87, yang melecur telah dihantar ke hospital berhampiran menaiki jentera bomba untuk rawatan lanjut.

Kebakaran memusnahkan 30 peratus daripada keseluruhan rumah mangsa.

Lima jentera BBP Tangkak dan BBP Muar dengan kekuatan 19 anggota dikejarkan ke tempat kejadian. 

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan dan operasi tamat pukul 8.55 malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.