Warga emas 'hilang' ditemukan dalam gaung

Warga emas ‘hilang’ ditemukan dalam gaung

PERODUA Myvi berwarna biru yang dipandu mangsa ditemukan terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Kilometer 25, Jalan Kota Tinggi-Mersing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Misteri kehilangan seorang warga emas terjawab selepas kenderaannya ditemukan dalam gaung di Kilometer 25, Jalan Kota Tinggi-Mersing, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyril Edrward Nuing berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 9.10 pagi yang ternampak kereta Perodua Myvi berwarna biru itu di dalam gaung berkenaan. 

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Mersing tmenerima makluman daripada orang awam menyatakan terdapat sebuah kereta berwarna biru terbabas dan jatuh ke dalam gaung di laluan tersebut. 

“Mangsa Zahari Zakaria, 62, dilaporkan hilang oleh anak mangsa sehari selepas pergerakannya dari Kemaman, Terengganu ke arah Pasir Gudang. Mangsa tidak dapat dihubungi setelah 24 jam dan anak mangsa telah membuat laporan polis. 

“Dalam kejadian Ahad lalu mangsa dipercayai telah terbabas ketika melalui  selekoh di laluan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Akibat kemalangan itu, kenderaan mangsa terbalik di tempat kejadian dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pakar perubatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana cuai memandu dan menyebabkan kemalangan maut. 

“Kes masih dalam siasatan polis. Pihak polis menasihatkan pemandu lebih peka terhadap pemanduan ketika melalui jalan gelap, cuaca hujan dan berselekoh agar kemalangan dapat dielakkan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya