Pemandu rentung nahas jalan raya

Wanita rentung nahas jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMBANG: Seorang wanita rentung, manakala seorang lagi cedera dalam satu insiden kebakaran kereta akibat pelanggaran dua kenderaan di Jalan Nanga Menamit di sini pada pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, dalam kejadian 9 pagi itu, wanita yang dikenali sebagai Doris Serudin yang memandu kereta Proton Saga ditemui rentung oleh pasukan bomba di dalam keretanya yang terbakar.

Sementara itu, katanya pemandu kereta pacuan empat roda, seorang lelaki yang hanya dikenali Alian hanya cedera ringan dan dikejarkan ke hospital oleh orang awam.

“Balai Bomba dan Penyelamat Limbang yang menerima panggilan kecemasan dari MERS 999 telah menggerakkan anggotanya ke lokasi kejadian dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah Proton Saga dan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang berlanggar.

“Daripada pelanggaran itu telah mengakibatkan kereta Proton Saga terbakar sementara kenderaan pacuan roda terbabit terbabas di tepi jalan, dan pasukan bomba terus membuat kerja-kerja pemadaman sehingga api padam sepenuhnya,” ujarnya.

Tambahnya lagi, selepas pemadaman selesai, pasukan bomba mendapati seorang mangsa, iaitu pemandu kereta Proton Saga rentung dan bomba membantu mengeluarkan mayatnya untuk diserahkan kepada pasukan polis yang turut berada di tempat kejadian. –UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.