Wan Saiful dakwa PM tipu isu jumpa delegasi PN

Wan Saiful dakwa PM tipu isu jumpa delegasi PN

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Wan Saiful Wan Jan menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menipu dan tidak beradab susulan kenyataan beliau mengenai pertemuan dengan wakil Perikatan Nasional (PN), baru-baru ini.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu hairan dengan penipuan Perdana Menteri sedangkan pertemuan yang dimaksudkan hanyalah perjumpaan makan tengah hari.

Sehubungan itu, beliau menuntut Ismail Sabri tampil memberi penjelasan kepada media dan rakyat kerana kesalahan menipu.

“Kalau setakat jumpa waktu makan tengah hari, itu bukan perjumpaan rasmi yang sepatutnya. Kalau belum betul-betul jumpa, kata sajalah belum, walaupun acuan UMNO, jangan mudah menipu rakyat,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Media melaporkan Ismail Sabri telah mengadakan pertemuan dengan PN pada minggu terakhir sesi sidang Dewan Rakyat.

Wan Saiful berkata, pertemuan makan tengah hari itu dihadiri oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Penolong Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Bendahari, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ketua Penerangan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau  turut mempersoal kenapa Perdana Menteri terlalu takut untuk berjumpa rakan gabungan secara rasmi.

“Semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri, beliau menubuhkan Majlis Presiden parti-parti dalam kerajaan dan semua Presiden parti ada. Itu barulah Perdana Menteri yang berani kerana bercakap depan-depan secara rasmi, bukan sembang senyap-senyap waktu makan tengah hari.

“Atau ada perkara yang mahu disembunyikan dan takut delegasi PN tanya? Maklumlah kita sudah tahu mengenai pelbagai skandal seperti kapal tempur pesisir (LCS) yang kena atas batang hidung pemimpin UMNO,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya