UMNO Bahagian Ketereh sokong ketengah calon muda  PRU15

UMNO Bahagian Ketereh sokong ketengah calon muda  PRU15

ANNUAR Musa ketika sidang akhbar pada Majlis Penyampaian Watikah Pengerusi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kelantan di Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: UMNO Bahagian Ketereh menyokong langkah mengetengahkan calon muda untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketuanya, Tan Sri Annuar Musa berkata, bagaimanapun calon lama yang mempunyai rekod cemerlang dan sudah berkhidmat dengan baik perlu dikekalkan.

“Saya bersetuju calon-calon muda perlu terus diberi peluang, namun itu tidak bermakna calon-calon yang tidak berapa muda tak boleh bertanding.

“Jangan lupa Tun Dr. Mahathir Mohamad dipilih oleh rakyat dan memenangi kerusi Parlimen Langkawi pada usianya 92 tahun dan ada calon muda yang berumur 20-an namun kalah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Pengerusi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kelantan di sini hari ini.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia memberitahu, apa yang lebih penting adalah sesiapa sahaja yang mahu bertanding atau dicalonkan perlu membuat kerja untuk rakyat.

Katanya, pengundi di Malaysia tidak mengundi berdasarkan kepada umur semata-mata namun sebaliknya memilih calon yang kuat bekerja untuk mereka. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.