Turunkan cukai taman tema kepada 10 peratus

Turunkan cukai taman tema kepada 10 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan disaran menurunkan kadar cukai taman tema kepada 10 peratus bagi membantu merancakkan kembali sektor pelancongan domestik dan antarabangsa. 

Ahli Dewan Negara, Mohd. Hisamuddin Yahaya berkata, kadar yang dikenakan terhadap premis itu ketika ini ialah sebanyak 25 peratus, iaitu sama dengan cukai kelab malam.

“Saya ingin bertanya kepada menteri mengapakah cukai taman tema dikenakan sebanyak 25 peratus, sedangkan taman tema merupakan tempat riadah bersama keluarga. Oleh itu, saya mencadangkan agar cukai yang dikenakan hanya 10 peratus sahaja,” katanya di Dewan Negarahari ini.

Cukai pelancongan adalah cukai Persekutuan yang dikenakan terhadap pelancong asing yang menginap di premis penginapan berbayar di seluruh Malaysia dengan kadar RM10 sebilik/semalam. 

Langkah itu selaras usaha kerajaan dalam memacu sektor pelancongan dan kebudayaan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Sementara itu, Mohd. Hisamuddin menyentuh mengenai hasil kutipan cukai pelancongan setakat ini sejak dilancarkan pada 2017 dan jumlah agihan kepada negeri-negeri.

Beliau sekali gus mencadangkan agar 50 peratus daripada hasil kutipan cukai pelancongan itu  diagih kembali kepada setiap negeri. 

“Pindaan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Pelancongan 2017 memudahkan kementerian melaksanakan perubahan mengikut kehendak semasa demi memastikan industri pelancongan terus mantap. 

“Contohnya, jika ingin menarik lebih ramai pelancong, kementerian boleh menurunkan cukai sekali gus menjadikan Malaysia sebagai tumpuan kerana tawaran pakej yang lebih murah dan dalam masa sama memberi pulangan kepada industri kecil sederhana (IKS) serta makro-ekonomi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya