Tular lelaki tertusuk pisau bukan kes gaduh, uma latihan kebakaran

Tular lelaki tertusuk pisau bukan kes gaduh cuma latihan kebakaran

GAMBAR tular latihan penyelamat semasa kebakaran yang diadakan di Hospital Taiping semalam yang dikatakan mangsa kes pergaduhan. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Gambar seorang lelaki tersandar dalam keadaan sebilah pisau tertusuk pada dadanya yang tular bukan kes gaduh tetapi gambar latihan simulasi menyelamat semasa kebakaran yang diadakan di kantin Hospital Taiping di sini semalam.

Pegawai Bomba Kanan II  Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping, Mohd. Mustafa Kamal Ismail berkata, latihan menyelamat semasa kebakaran itu dianjurkan Hospital Taiping.

Katanya, latihan simulasi yang diadakan itu kelihatan benar-benar berlaku termasuk mereka yang terlibat dalam latihan itu dikenakan solekan.

“Latihan yang diadakan semalam bagi menggambarkan telah berlaku satu letupan di sebuah bangunan kantin hospital.

“Biasanya benda-benda tajam dan alatan merbahaya akan terkena mangsa yang ada dalam kawasan kejadian ketika letupan terjadi.

“Itulah yang kita gambarkan dalam latihan simulasi semalam dan gambar-gambar yang tular dalam media sosial bukannya kes pergaduhan sebagaimana yang telah ditularkan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pengurusan Hospital Taiping berharap agar orang ramai tidak menyebarkan berita tidak benar mengenai kejadian sebenar di sebalik foto yang tular itu.

“Sepatutnya periksa fakta dan kejadian sebenar sebelum menyebarkan berita yang tidak sahih,” katanya.

Latihan simulasi kebakaran semalam diadakan di Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Taiping merupakan acara tahunan anjuran Unit Penyelia Hospital Taiping, Balai Bomba dan Penyelamat BBP Taiping dengan kerjasama Edgenta Mediserve melibatkan 54 orang

Hari ini tular gambar seorang lelaki tersandar dengan pisau terpacak pada dada sehingga ada yang mendakwa ia merupakan masa kes pergaduhan.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN