Tugas berat BN raih sokongan 7.8 juta  pengundi baharu - Utusan Malaysia

Tugas berat BN raih sokongan 7.8 juta  pengundi baharu

TENGKU ZAFRUL Tengku Abdul Aziz menyerahkan sijil dan geran bantuan kepada wakil belia pada Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Selangor di Kuala Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Barisan Nasional (BN) mempunyai tanggungjawab  berat untuk memastikan parti itu mendapat sokongan  7.8 juta pengundi baharu termasuk 3.8 juta pengundi 18 tahun menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pertambahan itu menunjukkan jumlah pengundi baharu mewakili 34 peratus daripada keseluruhan jumlah pengundi.

“Dalam kata lain, tiga daripada 10 pengundi ialah pengundi baharu dan kehadiran pengundi ini mampu mengubah senario politik semasa jika semua pengundi tersebut keluar mengundi semasa pilihan raya yang akan datang,” kata beliau  ketika berucap pada Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Selangor di sini hari ini.

 Menurut beliau, kuasa Undi18 memberi peluang kepada golongan muda terlibat secara aktif dalam politik sekali gus membuat keputusan mengenai masa depan negara.

“Lebih ramai belia boleh menjadi pemimpin sama ada di peringkat Persekutuan atau pun negeri. Pelaksanaan Undi18 turut mampu melahirkan bakal pemimpin yang matang dan berkualiti,” ujarnya.

Kata beliau, penurunan usia minimum mengundi dilihat mampu memberi lebih masa kepada golongan muda mendekati dan mendalami arena politik dan kepimpinan negara. 

“Apabila terdapat ramai wakil golongan muda dalam arena politik, sudah tentu suara generasi muda ini akan lebih didengari. Biarpun terdapat pihak ragu dengan kemampuan golongan muda, peluang Undi18 dilihat sebagai jalan terbaik untuk negara melahirkan bakal pemimpin berkaliber pada masa depan,” jelasnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya