Tuduhan Bersatu bergantung kekuatan parti lain tidak benar

Tuduhan Bersatu bergantung kekuatan parti lain dalam PN tidak benar

ROSOL WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tuduhan bekas pemimpin Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali kononnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah parti kecil dan hanya bergantung kekuatan jentera parti lain dalam Perikatan Nasional (PN) terutama Pas adalah tidak benar.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Rosol Wahid berkata, ini kerana PN yang dianggotai Bersatu, Pas, Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Gerakan mempunyai peranan tersendiri untuk mengukuhkan lagi gabungan itu di bawah satu bendera.

“Sebab itu tak timbul isu siapa guna siapa, parti mana pergunakan parti apa kerana terdapat satu perjanjian persefahaman (MoU) yang telah dimeterai antara semua parti di bawah PN.

“Kita semua bekerja sebagai satu pasukan yang besar di bawah nama PN,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Program Jualan Keluarga Malaysia di sebuah pasar raya dekat Manir di sini, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Dr. Mohd. Khairuddin sebagai berkata, Bersatu yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah ‘parti kecil’ yang hanya bergantung kepada kekuatan parti lain dalam PN.

Malah, bekas pemimpin Pas itu juga menyifatkan tindakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menjalinkan kerjasama dengan Bersatu adalah strategi salah kerana sepatutnya kerjasama itu dijalankan dengan UMNO.

Mengulas lanjut, Rosol berkata, sesiapa sahaja boleh memberi pandangan peribadi mereka namun penilaian sebenar dan paling penting bagi PN adalah penerimaan rakyat di peringkat akar umbi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya