Tubuhkan RCI isu skandal LCS - Utusan Malaysia

Tubuhkan RCI isu skandal LCS

PAC akan bentangkan laporan baharu mengenai kemajuan pembinaan LCS ke Parlimen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak menolak kemungkinan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat skandal berhubung pembinaan kapal tempur pesisir (LCS), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Dalam keadaan sedemikian saya cukup yakin akan dilaksanakan (RCI) bahkan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) ada sebutkan.

“Kita tidak tutup, ada kemungkinan mengadakan RCI jadi maknanya belum tertutup lagi soalan itu walaupun dianggap SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dah buat yang terbaik,” katanya dalam sidang akhbar selepas Sambutan Bulan Kemerdekaan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di sini hari ini.

WAN Junaidi Tuanku Jaafar mengibarkan Jalur Gemilang pada Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Putrajaya. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

Semalam, media melaporkan cadangan penubuhan RCI untuk menyiasat isu projek pembinaan LCS bagi perolehan Tentera Laut Diraja Malaysia akan di bawa ke Kabinet.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika menggulung perbahasan usul berkaitan isu itu di Dewan Negara berkata, beliau memberikan jaminan akan membawa sendiri perkara tersebut untuk mendapat persetujuan Jemaah Menteri.

Sebelum ini, PAC mendedahkan sembilan prosiding berhubung isu LCS bermula 18 November 2020 mendapati tiada satupun kapal LCS disiapkan walaupun kontrak projek itu, yang diberikan secara rundingan terus bernilai RM6.083 bilion, memperuntukkan lima kapal harus disiap dan diserahkan setakat Ogos 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya