Toh Puan Zurina meninggal dunia - Utusan Malaysia

Toh Puan Zurina meninggal dunia

ALLAHYARHAMAH Zurina Kassim (kanan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Toh Puan Zurina Kassim, isteri kepada bekas Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob, meninggal dunia kira-kira pukul 10.10 pagi tadi.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Majlis penghormatan terakhir akan diadakan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada pukul 3.30 petang ini.

Pengebumian pula dilakukan di Makam Pahlawan, Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini selepas Solat Asar.

Toh Puan Zurina, 78, dilahirkan di Duyong dekat sini pada 13 Julai 1944.

Allahyarhamah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Khalil pada 28 Februari 1965 dan dikurniakan tiga orang anak.

Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru dan seterusnya Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur. 

Allahyarhamah aktif dalam bidang kebajikan dan telah mengasaskan Yayasan Toh Puan Zurina untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

Yayasan itu merupakan Pusat Hemodialisis yang diilhamkan sendiri Allahyarhamah pada November 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN