Tindakan pindah anggota polis bermasalah ke Sabah dipandang serius - Utusan Malaysia

Tindakan pindah anggota polis bermasalah ke Sabah dipandang serius

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memandang serius tindakan polis memindahkan sembilan anggota yang dipercayai terlibat kes peras ugut ke Sabah dan Sarawak tanpa mendapatkan pandangan daripada kerajaan negeri terlebih dahulu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihak polis memaklumkan dengan beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri sebelum tindakan seumpama itu diputuskan.

“Saya memandang serius perkara ini. Walaupun tindakan itu mungkin sebagai satu prosedur atau tindakan disiplin yang diambil jabatan berkenaan terhadap anggota mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hajiji yang sedang menunaikan ibadah umrah menyatakan beliau akan mendapatkan penjelasan kemudian daripada pihak polis mengenai perkara itu.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi memaklumkan sembilan anggota polis yang dipercayai terlibat kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak telah ditempatkan untuk bertugas di Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau, kesemua anggota yang terlibat telah ditukarkan ke beberapa balai polis dan bahagian di Sabah dan Sarawak.

Katanya, siasatan masih dijalankan melibatkan semua aspek dan Polis Selangor sama sekali tidak berkompromi terhadap anggota atau pegawai yang terlibat dalam sebarang kes jenayah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya