Tiga rentung dalam kebakaran di Sandakan

Tiga rentung dalam kebakaran di Sandakan

KEBAKARAN yang mengakibatkan tiga mangsa rentung di Taman Rajawali, Sandakan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tiga mangsa rentung dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Taman Rajawali, Sandakan semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.10 malam itu, ketiga-tiga mangsa ditemukan rentung di bahagian ruang tamu rumah yang musnah hampir sepenuhnya dalam kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan awal mendapati rumah berkenaan didiami oleh dua perempuan dan seorang lelaki berketurunan Cina.

“Mayat mangsa lelaki dikenali sebagai Chin Seong Vui, 54, manakala dua lagi mayat perempuan belum dikenal pasti identiti mereka.

“Ketiga-tiga mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent, Sandakan untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) manakala, punca sebenar kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.35 malam dan sepasukan 18 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian menggunakan tiga jentera.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, didapati sebuah rumah teres dua tingkat terbakar 90 peratus.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran 200 kaki menggunakan tiga pancutan sumber air dari jentera bomba dan pili bomba berhampiran.

“Tiga mangsa ditemukan rentung di ruang tamu di bahagian bawah rumah dua tingkat tersebut. Mangsa dipercayai terperangkap dan gagal menyelamatkan diri semasa kejadian berlaku,” katanya.

Operasi dilaporkan terkawal pada pukul 11 pagi dan tamat sepenuhnya pada pukul 1.21 pagi tadi.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN