Tiga maut kemalangan treler, dua buah kereta - Utusan Malaysia

Tiga maut kemalangan treler, dua buah kereta

TIGA maut dalam kejadian kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat di Rompin, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Dua lelaki Orang Asli antara tiga maut dalam kejadian kemalangan melibatkan sebuah treler dan dua kereta jenis Proton Iswara dan Perodua Axia di atas jambatan di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat di sini malam tadi.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 malam itu kelindan treler, Abdul Raziz Mohdal, 40, dan pemandu serta penumpang kereta Iswara, Mohd. Khairol Md. Tahir, 36, dan Zairulzaimy Jambi, 18, Orang Asli berasal dari Kampung Runchang di sini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Azahari Mukhtar berkata, semasa kejadian treler terbabit alam perjalanan dari arah Kuantan ke Segamat manakala kedua-dua buah kereta berada dari arah bertentangan.

“Sampai di tempat kejadian kereta jenis Proton Iswara telah masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan treler menyebabkan treler berkenaan hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Axia.

“Akibat kemalangan menyebabkan kelindan treler dan pemandu Proton Iswara serta penumpang belakang kanan Proton Iswara meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Azahari berkata, pemandu treler dan pemandu Perodua Axia serta penumpang hadapan Proton Iswara mengalami kecederaan di bahagian tangan.

Menurutnya mangsa yang maut dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Dalam pada itu katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan masih giat dilakukan termasuk mengesan saksi bagi membantu siasatan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati semasa kejadian cuaca adalah baik dan lokasi kejadian merupakan jalan satu hala dan tiada lampu jalan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya