Tarik sokongan bukan kenyataan parti

Tarik sokongan bukan kenyataan parti

MAHDZIR Khalid (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung ketika menghadiri Program Komuniti Sejahtera Bukit Tembaga di Kuala Nerang hari ini.- UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Kenyataan bahawa Perikatan Nasional (PN) mahu menarik sokongan tidak datang daripada mana-mana parti yang menunjangi kerajaan, sebaliknya hanya suara individu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keadaan akan menjadi sebaliknya sekiranya perkara itu dinyatakan secara rasmi daripada parti.

“Macam Perdana Menteri katalah, kenyataan itu datang daripada individu. Jadi, saya ingat saya tak payah komen banyak. Kenyataan-kenyataan itu tidak datang daripada organisasi parti.

“Tiada perkara itu dibincangkan termasuk dalam pimpinan tertinggi UMNO kerana faktor kenyataan bukan dari parti. (Contoh) kalau datang daripada parti Pas kah, adalah kenyataan (respon),” katanya pada Program Semarak Desa Komuniti Bukit Tembaga di Kuala Nerang, di sini.

Pilihan Raya Umum Ke-­15 (PRU15) akan diadakan bila­-bila masa sekiranya PN bertindak menarik semula sokongan ter­hadap kerajaan sedia ada.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegas­kan, kerajaan sentiasa bersedia dalam apa juga keadaan ter­masuk jika berlaku penarikan sokongan berkenaan.

Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar memberitahu, kerajaan sedia ada kini hanya akan meneruskan khidmat untuk rakyat seperti biasa disebalik desas-desus terbabit.

Dalam perkembangan lain, kementeriannya sedang mengenal pasti kampung-kampung di seluruh negara yang memenuhi kriteria untuk layak dipanggil sebagai Kampung Sejahtera.

Antara kriteria tersebut termasuk memiliki infrastruktur yang lengkap, aktiviti ekonomi berimpak tinggi, modal insan berdaya maju dan tahap kesihatan komuniti yang baik.

Kata beliau, bagi kampung yang berjaya memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk diiktiraf sebagai Kampung Sejahtera, KPLB akan menyalurkan peruntukan pembangunan kepada kampung tersebut berdasarkan keperluan di kawasan itu.

“Paling tinggi kita boleh bagi RM1 juta peruntukan pembangunan dalam kampung, ada yang RM100,000, RM200,000 atau bergantung kepada keperluan. 

“Ketua-ketua kampung perlu memainkan peranan lebih kreatif dan inovatif bagi menggerakkan komuniti kampung untuk memenuhi kriteria Kampung Sejahtera KPLB,” katanya.

Malaysia ketika ini mempunyai 28,303 buah kampung meliputi 19,447 kampung di Semenanjung Malaysia, 5,976 kampung di Sarawak, 2,853 kampung di Sabah dan 27 kampung di Labuan.

Aspirasi Kampung Sejahtera yang diperkenal KPLB bagi melonjak pembangunan kawasan di luar bandaryang menjadi sebahagian usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat kampung khususnya aspek ekonomi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN