Tapak pembinaan kilang perabot jadi sarang nyamuk Aedes

Tapak pembinaan kilang perabot jadi sarang pembiakan nyamuk Aedes

Veerapan menunjukkan sampel jentik-jentik yang diambil di sebuah tapak pembinaan kilang perabot dalam operasi di Bandar Baru Enstek, Nilai, Seremban hari ini.-UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah tapak pembinaan kilang perabot di Bandar Baru Enstek, Nilai di sini dikenakan notis selepas dikesan berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes yang boleh membawa wabak denggi.

Tindakan itu diambil susulan operasi mengejut yang dijalankan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S.Veerapan berkata, dalam operasi yang bermula pukul 9.30 pagi itu, pemeriksaan oleh pegawai penguat kuasa Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) telah menemui jentik-jentik di kawasan tempat tinggal pekerja dan pengumpulan sampah.

“Sampel jentik-jentik itu akan dihantar ke makmal untuk ujian, berdasarkan pemeriksaan, kami mendapati kawasan tempat tinggal pekerja dan pengumpulan sampah di tapak pembinaan itu menjadi tempat pembiakan Aedes yang dipercayai berpunca daripada plastik sampah yang menakung air, kon penghadang yang bocor dan besen air. 

“Satu notis di bawah Seksyen 8 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 justeru dikeluarkan bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi pembiakan Aedes,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Veerapan berkata, tapak pembinaan kilang perabot tersebut akan diperiksa semula selepas tujuh hari bagi memastikan syarikat penyelenggaraan mematuhi notis yang dikeluarkan.

Dalam pada itu, Veerapan berkata, pemeriksaan oleh CIDB mendapati pihak kontraktor turut dikesan menyediakan pekerja asing tidak mahir yang dikhuatiri boleh menjejaskan kualiti kerja.

“Perkara itu melanggar Akta 520 iaitu pekerja tiada Kad Personel Binaan CIDB dan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP).

“Kompaun boleh diberikan kepada syarikat atau individu berkenaan, jika gagal bayar mereka boleh dikenakan tindakan mahkamah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya