Tanam sifat tanggungjawab laksana amanah

Tanam sifat tanggungjawab laksana amanah

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kanan) menyerahkan sumbangan zakat MAIPs kepada Nabil Arab (kiri) yang mewakili Pusat Kebudayaan Islam King Faysal di Basel, Switzerland, hari ini. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seluruh masyarakat perlu menanam jati diri yang tinggi dengan sifat bertanggungjawab dan berintegriti dalam melaksanakan amanah diberikan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, tahun 1444 Hijrah yang baharu sahaja tiba dilihat bakal menyajikan pelbagai ujian dan cabaran pada masa hadapan.

Titah baginda, dalam menghadapi cabaran tersebut, setiap pihak seharusnya menjauhi sikap mementingkan diri sendiri dalam melaksanakan segala amanah yang diberikan.

“Utamakanlah kerja-kerja bersifat kolektif khususnya dalam memperkasakan ekonomi, sosial dan politik,” titah baginda dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyerahkan sumbangan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Pusat Kebudayaan Islam King Faysal di Basel, Switzerland.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Pengerusi Pusat Kebudayaan Islam King Faysal, Nabil Arab yang menyediakan ruang solat waktu dan Jumaat serta kelas-kelas bimbingan agama kepada kanak-kanak setempat di Friedengasse 18, Basel, Switzerland.

Dalam lawatan sama, Tuanku Syed Faizuddin bersama anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail turut berkenan bagi menerima undangan menyaksikan perlawanan bola sepak UEFA Europe Conference League melibatkan kelab FC Basel dan Brondby di Stadium St. Jakob Park.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah agar budaya ilmu perlu disuburkan dalam setiap lapisan masyarakat menerusi pengisian program dan kempen di semua institusi termasuk masjid.

“Aktiviti-aktiviti dakwah seperti kempen membaca, majlis ilmu, seminar, debat dan kuliah pengajian hendaklah disemarakkan ke arah memajukan agama, umat, negeri dan negara ini,” titah baginda.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya