Sultan Selangor titah pelan komprehensif sekuriti bekalan makanan

Sultan Selangor titah pelan komprehensif sekuriti bekalan makanan

SULTAN Sharafuddin Idris Shah bersama Tengku Amir Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke MAHA 2022 di MAEPS, Serdang, Selangor. - FOTO/SELANGOR ROYAL OFFICE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan kerajaan negeri menyediakan pelan jangka panjang lebih komprehensif meliputi aspek sekuriti bekalan makanan untuk rakyat.

Baginda mahu keutamaan kepada keseimbangan pengeluaran produk makanan industri, hasil tani dan produk oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.

“Sultan Sharafuddin tidak mahu berlaku gangguan sumber bekalan makanan untuk rakyat di Selangor sedangkan negeri ini antara pengeluar signifikan pelbagai produk pertanian dan hasil ternakan.

“Titah baginda, produk makanan yang dihasilkan harus berkualiti tinggi dan dipasarkan pada harga berpatutan demi kelangsungan hidup rakyat,” katanya kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin berkenan berangkat ke Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2022) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

Turut berangkat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Baginda meluangkan masa lebih empat jam di pameran itu termasuk mengunjungi Dewan Pameran Utama, Pavilion Negeri Selangor, Laman Agrofood Ternakan, Sayuran, Miracle Garden dan Castle of Fruits.

Tambah kenyataan itu, Sultan Sharafuddin menyeru Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) melaksanakan kajian penghasilan produk hasil tani dan ternakan yang lebih bermutu serta memastikan bekalannya sentiasa mencukupi.

“Baginda turut tertarik dengan pelbagai hasil pertanian menggunakan teknologi terkini dan diusahakan secara kecil-kecilan oleh rakyat namun memiliki potensi pemasaran tinggi.

“Selain itu, baginda menggesa rakyat menggiatkan aktiviti bercucuk tanam dan ternakan supaya dapat menikmati hasilnya untuk manfaat sendiri dan keluarga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya