Sultan Selangor rasmi cawangan baharu hotel DoubleTree

Sultan Selangor rasmi cawangan baharu rangkaian hotel DoubleTree by Hilton

SULTAN Sharafuddin berkenan menerima cenderahati daripada Jamie Mead selepas melancarkan cawangan baharu rangkaian hotel mewah DoubleTree by Hilton dekat i-City di Shah Alam, Selangor. - FOTO / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan rangkaian hotel mewah DoubleTree by Hilton yang menjadi salah satu tarikan terbaharu di negeri ini dekat kawasan tumpuan pelancong  iaitu i-City.

Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengarah Kanan Rantau Asia Tenggara Hilton, Jamie Mead.

Menurut Jamie, cawangan terbahahu hotel tersebut menjanjikan kenangan terindah bagi tetamunya apabila menyediakan pelbagai kemudahan selain tarikan yang terdapat di kawasan segitiga emas itu,

“Kesemua 300 buah bilik termasuk suites yang terdapat di hotel tersebut mampu memberi kepuasan kepada pelanggannya apabila setiap daripadanya menghadap pemandangan pusat bandar Shah Alam yang menjadi ibu negeri ini.

“Kami juga menawarkan kemudahan seperti 12 buah bilik mesyuarat mewah sesuai dengan lokasinya terletak di hab pelaburan segitiga emas, i-City Financial Avenue,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City, di sini hari ini.

Terdahulu, i-City menerusi syarikatnya i-Berhad melancarkan hab pelaburannya itu sekaligus mengukuhkan statusnya sebagai ‘Segitiga Emas Selangor’ bernilai RM1.5 bilion yang disasar menarik lebih banyak syarikat melabur untuk beroperasi di sana.

Dalam pada itu, Jamie memaklumkan DoubleTree by Hilton Shah Alam di i-City merupakan hotel ke-13 bagi rangkaian hotel Hilton di negara ini dan bercadang membuka lebih banyak lagi cawangannya di seluruh negara.

“Kami juga komited dengan untuk mengurangkan penghasilan gas karbon dioksida sebanyak 50 peratus di setiap hotel Hilton. Dengan itu, kami kurang menggunakan produk yang diperbuat daripada plastik,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya