Suami isteri tidak mengaku terima deposit haram RM364,000

Suami isteri tidak mengaku terima deposit haram RM364,000

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima deposit RM364,000 daripada orang awam tanpa lesen sah, tujuh tahun lalu.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat telekomunikasi, Ho Kok Keong, 60 dan isterinya yang merupakan surirumah, Koh Orchid, 54, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa telah menerima wang deposit itu daripada seorang pengajar bidang IT berusia 49 tahun, secara berperingkat tanpa lesen sah di antara 16 Disember 2015 dan 16 April 2016 di sebuah restoran di Sentul.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 137(1) 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 137(2) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih 10 tahun atau denda tidak maksimum RM50 juta atau kedua-dua, jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqilah Ishak mencadangkan agar setiap tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam pasangan itu, Sean Dudley merayu agar ikat jamin itu diletakkan pada kadar yang lebih munasabah kerana anak guamnya merupakan seorang pesara, perlu menyara ibu bapa yang uzur dan dua anak lelakinya.

Tambah Sean, kedua-dua anak guamnya juga tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri daripada kes ini.

Kamarudin membenarkan setiap tertuduh dijamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Pasangan itu juga diperintahkan untuk menyerahkan pasport kepada mahkamah untuk disimpan sehingga kes selesai serta menetapkan 13 Oktober depan untuk sebutan kes. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya