Suami isteri buntu cari RM4,500 untuk rawatan anak di IJN

Suami isteri buntu cari RM4,500 untuk rawatan anak di IJN

NOR Ainun Mikhayla (kanan) yang menghidap jantung berlubang diriba ibunya semasa ditemui di rumahnya di Taman Sri Binjai, Batu 11, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan hari ini. -UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Sepasang suami isteri buntu untuk mencari wang berjumlah RM4,500 bagi membiayai kos pengurusan anaknya yang merupakan kanak-kanak sindrom down untuk menjalani pembedahan penyakit jantung berlubang di Institut Jantung Negara (IJN) pada 22 Ogos ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Nur Farah Asikin Mohd. Nazeri, 27, berkata, merumitkan keadaan pendapatan suami, Mohamad Noor Fazlin Azwane, 31, yang bekerja sebagai buruh dengan gaji RM50 sehari membuatkan mereka tidak mampu untuk mengumpul wang dalam tempoh kurang seminggu.

Menurutnya, bagaimanapun setakat ini dia sudah mengumpul sejumlah RM2,000 yang disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadok, Datuk Azami Mohd. Nor.

“Pendapatan suami hanya mampu untuk menampung perbelanjaan harian dan bayaran rumah sewa sebanyak RM400 sebulan. Setiap bulan saya Nor Ainun Mikhayla memerlukan belanja hampir RM500 untuk membeli susu dan lampin pakai buang.

“Nor Ainun Mikhayla yang berusia 14 bulan, disahkan menghidap penyakit berkenaan sejak dilahirkan oleh doktor dan perlu menjalani pembedahan dengan kadar segera bagi mengelakkan berlakunya kompilasi lebih teruk selepas ini,” katanya ketika ditemui ketika ditemui Utusan Malaysia di rumah sewanya di Taman Sri Binjai, Batu 11, Ketereh di sini, hari ini.

Nurul Farah Asikin memberitahu, selain mengidap penyakit jantung berlubang anaknya itu turut berdepan dengan masalah injap bocor dan masalah paru-paru sempit. 

Katanya, peringkat awal doktor menyuruhnya memantau keadaan dari masa ke masa memandangkan Nor Ainun Mikhayla masih kecil dan kemungkinan lubang itu akan dengan tertutup namun sebaliknya berlaku.

“Susulan itu, anak saya perlu menjalani rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu,” ujarnya.

Sehubungan itu, dia memohon orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan seberapa segera menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0302141100005731 atas namanya Nur Farah Asikin Mohd. Nazeri atau menghubunginya di talian 017-9321568.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN