Stok penimbal, lebih banyak pemain industri kawal kes kartel ayam

Stok penimbal, lebih banyak pemain industri kawal kes kartel ayam

ROSOL WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melaksanakan stok penimbal dan meningkatkan penyertaan pemain dan pengusaha dalam industri ayam bagi mewujudkan persaingan sihat dan memberi lebih pilihan kepada pasaran. 

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, pada masa sama, pihaknya terus memantau semua syarikat berkaitan bekalan ayam sekali gus bagi memastikan tiada kes berulang melibatkan pelanggaran antipersaingan atau lebih dikenali sebagai perjanjian kartel.

Katanya, pihaknya memandang serius perkara sebegini hingga menyebabkan isu harga ayam berlaku baru-baru ini sehingga menjejaskan pengguna.

“Apabila berlaku seperti hari itu, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) diarah melakukan siasatan mengikut prosedur ditetapkan da membawa kepada penemuan melibatkan lima syarikat. 

“Kami di peringkat kementerian melihat kaedah stok penimbal mampu mengawal harga, maka ia dikembang ke beberapa produk  bagi memastikan harga yang naik, boleh dikawal,” katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Perasmian Penjenamaan Semula Francais NY Steak Shack (NYSS) di IOI City Mall, di sini, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi amaran kepada mana-mana kartel yang cuba memanipulasi harga dan pasaran produk pertanian sekali gus menegaskan, kerajaan sentiasa berusaha menangani manipulasi orang tengah dan kewujudan kartel dalam sektor pertanian dan rangkaian bekalan makanan yang menyebabkan kenaikan harga barang dan inflasi.

Ia susulan pendedahan Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail semalam berhubung lima syarikat pengisar makanan berkaitan bekalan ayam dikesan melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 dengan terbabit perjanjian antipersaingan yang dikesan menaikkan kuantum harga makanan ternakan ayam di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya