Sindiket penipuan tawar kerja melalui aplikasi beli-belah terbongkar

Sindiket penipuan tawar kerja melalui aplikasi beli-belah terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kegiatan penipuan satu sindiket yang menawarkan pekerjaan menggunakan aplikasi beli-belah dalam talian terbongkar selepas polis menyerbu sebuah kondominium di Jalan Klang Lama di sini, semalam.

Hasil serbuan yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields menahan  dua lelaki dan wanita tempatan serta seorang lelaki dan wanita warga Indonesia berusia antara 20 tahun hingga 31 tahun.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, sindiket yang bergerak aktif sejak Julai lalu ini dipercayai menyasarkan warga Indonesia.

Katanya, turut dirampas enam unit komputer riba, 12 telefon bimbit pelbagai jenama dan 10 keping kad sim telefon prabayar yang digunakan dalam kegiatan itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amihizam berkata, siasatan awal mendapati terdapat unsur-unsur penipuan dalam talian melalui penggunaan talian prabayar sebagai akses internet dan komputer riba yang dirampas.

Jelas beliau, kegiatan penipuan ini dipercayai menyasarkan mangsa dari Indonesia yang mana kesemua suspek juga telah bekerja sebulan hingga empat bulan dengan sindiket ini selepas mendapat tawaran pekerjaan itu melalui laman sosial Facebook

“Suspek ditahan adalah pekerja sindiket yang menerima gaji antara RM3,000 hingga RM3,500 sebulan dan diberikan komisyen antara empat peratus hingga lima peratus daripada keseluruhan kutipan diperoleh dalam tempoh sebulan.

“Urusan pemberian gaji akan diuruskan oleh lelaki tempatan dan esemua suspek akan ditahan bagi tindakan siasatan selanjutnya,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya