Setiap parti ada kekuatan - Mahdzir Khalid

Setiap parti ada kekuatan – Mahdzir Khalid

MAHDZIR Khalid menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada penerima pada Majlis APC MARA 2021 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setiap parti ada kekuatan masing-masing dan rakyat akhirnya yang akan menentukan siapa kerajaan pilihan mereka selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang. 

Itu pandangan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berhubung kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang meramalkan parti itu akan menang 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada PRU15 akan datang. 

Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, beliau mengingatkan Pas, jika mahu wujudkan kerjasama seeloknya berbincang bersama di meja rundingan bukannya di saluran media. 

“Saya tak kata tidak akan ada kerjasama, seeloknya kita cerita (bincang) sesama kita, tak payah berlawan dalam media…nak tunjuk kau kuat aku kuat. 

“Kalau berkelahi di media ni tak berapa seronok. Jadi kita kena ingat rakyat yang akan menentukannya,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 Majlis Amanah Rakyat (MARA) di sini hari ini. 

Sebelum ini, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah memaklumkan, Pas Kedah yakin akan memenangi sekurang-kurangnya 22 kerusi DUN pada PRU akan datang. 

Menurutnya, Pas Kedah juga bersedia bekerjasama dengan UMNO jika parti itu berminat menjalin kerjasama selain boleh ‘menumpang’ kekuatan PAS di negeri ini. 

“Keyakinan menambah jumlah kerusi itu disandarkan  kedudukan PAS Kedah yang dilihat semakin kukuh dan kuat.

Pas Kedah kini menyandang 15 daripada 36 kerusi DUN dan mengetuai kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Kedah bersama BERSATU yang mempunyai enam kerusi, manakala UMNO hanya menang dua kerusi pada PRU14.

Pakatan Harapan (PH) pula mempunyai 13 kerusi DUN, masing-masing lima milik PKR, diikuti empat disandang Parti Amanah Negara (Amanah), dua milik DAP dan dua disandang Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya