Selangor pantau ajaran Hadi Minallah sejak awal tahun ini

Selangor pantau ajaran Hadi Minallah sejak awal tahun ini

MOHD. ZAWAWI AHMAD MUGHNI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, ajaran Hadi Minallah telah mula dipantau sejak Februari lalu di negeri ini.

Menurutnya, setakat ini didapati belum ada kes sebaran ajaran Hadi Minallah di sekitar Selangor.

“Saya juga juga ingin mengingatkan agar warga negeri Selangor yang beragama Islam agar jangan mudah terpedaya dengan dakyah ajaran sesat seperti ini yang akhirnya menjejaskan benteng akidah umat Islam sendiri.

“Orang awam wajar berwaspada terhadap ajaran-ajaran yang berlegar di sekitar mereka, terutama yang berkait tiga perkara utama yang menjadi tiang kepada umat Islam iaitu, pertama, soal keesaan Allah SWT, kedua, soal keimanan  dan ketiga soal sam’iyyat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pada 8 Ogos lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad memaklumkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengenal pasti lokasi pusat operasi kumpulan ajaran sesat Hadi Minallah.

Beliau berkata, maklumat berhubung lokasi itu sudah diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk diambil tindakan selanjutnya.

Mengulas lanjut perkara tersebut Mohd.Zawawi menegaskan, jika ada mana-mana ajaran yang bertentang dengan tiga prinsip tersebut makanya hendaklah umat Islam menolak dengan secara total. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya