Selangor bubar DUN ikut Parlimen

Selangor bubar DUN ikut Parlimen

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memberi bayangan negeri ini menuruti pembubaran Parlimen oleh Kerajaan Persekutuan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar sekali dan Sidang Mesyuarat Kelima Penggal Ke-14 kali ini menjadi yang terakhir sekiranya Kerajaan Persekutuan mengumumkan pembubaran Parlimen sebelum November ini.

“Saya percaya ramai mengatakan bahawa kita berdepan kemungkinan terbubarnya DUN sebelum sidang akan datang. Kalau perkara itu berlaku saya ingin memohon ampun dan maaf sepanjang persidangan dan sepanjang mengetuai kerajaan di dalam Dewan ini.

“Namun kalau tak jadi, kita jumpa lagi pada November ini sebagai sidang untuk Belanjawan Negeri Selangor. Kita juga ada keputusan kita untuk dipertimbangkan, kerana Selangor adalah sebagai pendahulu, pengemudi dan peneraju bukan kerja kita untuk menurut.

“Dengan itu, saya ingin mencadangkan Dewan ini ditangguhkan ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak dan dijangkakan sebagai persidangan belanjawan,” katanya mengakhiri penggulungan perbahasan Rancangan Selangor Pertama (RS1), hari ini.

Kenyataannya itu dilihat tidak sejajar dengan penegasannya pada Mac lalu untuk tetap menguatkuasakan DUN sehingga cukup tempoh pada Julai tahun depan walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran lebih awal.

Menurutnya, hasil perbincangannya bersama beberapa menteri besar Pakatan Harapan (PH), adalah lebih baik pentadbiran sedia ada ditamatkan hingga akhir penggal iaitu April atau Mei tahun depan.

Terdahulu, enam negeri dilaporkan tidak membubarkan DUN sekiranya PRU15 diadakan dalam masa terdekat.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dilaporkan berkata, ia termasuk Negeri Sembilan yang sudah berbincang mengenainya dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja di ibu negara, baru-baru ini.

Mengambil kira Selangor dan Negeri Sembilan yang tidak bercadang berbuat demikian, empat negeri lain berkemungkinan membabitkan Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor yang sudah melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya