[BERGAMBAR] Sekitar sambutan Hari Kebangsaan ke-65 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur
YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyaksikan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka hari ini. Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan barisan jemaah menteri.- JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Oleh MEDIA MULIA
31 Ogos 2022, 12:45 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
ANTARA persembahan yang mencuri perhatian pengunjung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. -JABATAN PENERANGAN MALAYSIAPASUKAN unit beruniform membuat lintasan hormat di hadapan pentas utama perbarisan Hari Kebangsaan ke-65 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. -JABATAN PENERANGAN MALAYSIALEBIH 100,000 pengunjung membanjiri Dataran Merdeka bagi menyaksikan acara perbarisan Hari Kebangsaan ke-65 di Dataran Merdeka hari ini. -JABATAN PENERANGAN MALAYSIAKERETA kebal antara aset pertahanan yang ditunjukkan dalam acara perbarisan Hari Kebangsaan ke-65 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur, hari ini. -JABATAN PENERANGAN MALAYSIAPESAWAT Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan lintas hormat pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka hari ini. Sambutan Hari Kebangsaan 2022 dengan tema ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ kembali diadakan di Dataran Merdeka. -UTUSAN/AFIQ RAZALI