‘Saya akan dedah penyelewengan LCS dalam sebulan’

‘Saya akan dedah penyelewengan LCS dalam sebulan’

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli akan mendedahkan skandal penyelewengan projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion dalam tempoh sebulan menuju Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini. 

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau akan menunjukkan satu demi satu penyelewengan yang berlaku termasuk syarikat palsu yang ditubuhkan untuk melarikan wang. 

“Modus operandi tidak ubah macam 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dahulu.

“Masaklah Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) kali ni. Biar dia jawab bagaimana pertahanan negara jadi lemah semasa dia jadi Perdana Menteri, selama ini dia fitnah semua orang jual aset negara konon,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam. 

Terdahulu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi hantaran di Facebooknya mendakwa, Pakatan Harapan (PH) melewat dan membekukan sepenuhnya projek LCS pada 2019. 

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini mendedahkan, tiada satu pun LCS Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disiapkan meskipun kerajaan telah membayar RM6.083 bilion untuk projek itu menerusi kontrak kepada syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) secara rundingan terus.

Setakat Ogos 2022 menurut jadual asal, sepatutnya lima buah kapal LCS harus disiap dan diserahkan kepada TLDM. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya